Bismillah..
Aku lupa,
Kau nota dari Pencipta.
Aku lupa,
Kau tanda cinta dari Dia.
Aku lupa,
Hadirnya engkau untuk menenangkan,
Untuk menunjukkan,
Untuk menjelaskan.
Bila hati rasa galau,
Lembaranmu ku buka,
Bila rindu mengasak dada,
Satu satu surahmu ku baca,
Dengan linangan air mata,
Moga menjadi bukti di sisi Tuhanku.
Bahawa aku mengharapkan pertolonganNya,
Bahawa aku percaya kekuasaanNya,
Aku percaya mukjizat RasulNya.
Terkadang aku juga alpa,
Aku membiarkan engkau di atas meja.
Sehari, dua hari, tiga hari.
Bila aku kembali,
Engkau seolah berkecil hati.
Lidahku kelu, liat menyebut kalimat-kalimat,
Yang dari kecil aku ulangi.
Tanpa sedar,
Aku mula menganggapmu satu diri.
Seolah engkau ada perasaan,
Seolah engkau mengerti.
Rasa sayang mula mekar,
Wujudmu mula penting,
Hilangmu mula ku rasa.
Sesekali tiba,
Sayu dan hiba.
Memelukmu juga yang meredakan.
Betapa aku ingin kita terus bersama,
Di dunia,
Di kubur,
Di akhirat.
Moga satu ketika,
Kau dapat aku lihat secara zahir,
Datang dengan senyuman,
Menghulurkan tangan, seperti layaknya seorang sahabat.
INDAHNYA BAHASA
Thursday 6 November 2014
Tuesday 28 October 2014
Komsas Tingkatan 2
GEMA SEPI GADIS GENIUS
Sinopsis
|
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana.
Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan
fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani
semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah
Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak
perbezaan antara mereka berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem
komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan
masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah
bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah
membentangkan masalah busut. Namun, dia
dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan
menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai
satu alternatif.
Oleh
itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah
terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan
dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut
kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran.
Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya
Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi
menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah
terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul
di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan
selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar.
Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat
panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran
agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap
dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu
menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani
tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan
terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat
penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang
tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Tema
|
Kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.
Persoalan
|
1. Persoalan kepintaran remaja dalam usia muda boleh menangani masalah penceroboh komputer.
Contohnya: Basirah dapat menangkap penceroboh yang menyelusup sistem di makmal.
2. Persoalan kebolehpercayaan majikan untuk menerima remaja bekerja dalam bidang berkemahiran tinggi.
3. Contoh: Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tinggi.
4. Persoalan kasih sayang antara adik beradik yang berbeza dari segi kepintaran. Contohnya: Hanani
dan Basirah berbeza dari segi kepintaran iaitu Basirah mahir dalam
bidang komputer manakala Hanani mahir dalam bidang kesenian dan
kesasteraan.
Plot
|
Permulaan
Basirah
merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun
daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadan fikirannya yang
sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka
masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah
melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan
antara mereka berdua. Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya
yang sentiasa sibuk.
Perkembangan
Basirah menjalani praktikal dengan
menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal
Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang
dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan
teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah
busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi
dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk betinju,
sebaliknya sebagai satu alternatif. Oleh itu, dia telah membuka buku log
untuk merekod penceroboh.
Klimaks
Basirah
terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan
dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut
kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran.
Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya
Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi
menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Dengan bantuan
pensyarahnya, kakaknya, iaitu Hanani dan rakan-rakan Hanani, mereka
berjaya mengesan penceroboh tersebut.
Peleraian
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Teknik penceritaan
1. Deskriptif (pemerian)
Contoh: Dia teringatkan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah (m/s 4)
2. Monolog dalaman- Baiklah! Bisik hatinya, juga tegas. Dia terfikirkan sesuatu (m/s 10)
3. Imbas kembali
Contoh: Seingatnya,
sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun
lulus peperiksaan untuk memasuki sekolah kanak-kanak pintar yang
terletak di pinggir bandar meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu
rumah (m/s 4).
4. Imbas muka
Contoh: Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah (m/s 17)
Watak dan Perwatakan
|
1. Watak utama
Basirah
Ø Anak kepada seorang ahli perniagaan dan berusia 14 tahun.
Ø Anak kedua daripada dua beradik, kakaknya bernama Hanani.
Ø Siswi dalam jurusan Sains Komputer.
Ø Diterima membuat amali di Makmal Perdana di pusat bandar Kota Kinabalu.
Ø Seorang yang pintar dalam bidang komputer.
2. Watak sampingan
Hanani
Ø Anak sulung kepada ahli perniagaan dan baru berusia 16 tahun.
Ø Kakak kepada Basirah.
Ø Seorang yang lincah dan kreatif.
Ø Suka mengambil berat akan adiknya.
Ø Mempunyai ramai kawan.
Ø Seorang yang suka kegiatan rekreasi.
Latar
|
Masa
Ø Siang – Basirah menjalani latihan amali di makmal sistem komputer di Makmal
Perdana
Ø Malam – Hanani berbual-bual dengan Basirah di rumah
Ø Hari minggu – Basirah terpaksa menyelesaikan kerjanya yang banyak di
makmal sistem komputer, Makmal Perdana
Tempat
Ø Makmal sistem komputer di Makmal Perdana – tempat Basirah menjalani latihan
amali tahun akhir jurusan Sains Komputer
Ø Pusat bandar Kota Kinabalu – tempat letaknya Makmal Perdana
Ø Sekolah kanak-kanak pintar – tempat Basirah belajar semasa zaman kanak-
kanak
Ø Institusi pengajian tinggi di Semenanjung – tempat Basirah belajar sebagai siswi
jurusan Sains Komputer
jurusan Sains Komputer
Masyarakat
Ø Masyarakat yang celik komputer – Basirah, pekerja di makmal sistem komputer, Makmal Perdana, dan rakan-rakan Hanani mahir menggunakan komputer
Ø Masyarakat terpelajar – Basirah merupakan sisiwi tahun akhir jurusan Sains Komputer di sebuah institusi pengajian tinggi
Ø Masyarakat
remaja yang gemar akan aktiviti rekreasi – Hanani dan rakan-rakannya
mengikuti aktiviti rekreasi seperti berdiskusi sastera di pantai,
berkayak, dan mendaki gunung
Gaya Bahasa
|
1. Metafora
Contoh: Meniti buih di jeram (m/s 3), mata fikir (m/s 2)
2. Diksi
Bahasa Inggeris - hyperintelligent (m/s2), the exterminator (m/s 8)
Bahasa IT - Sotware (m/s 1), user (m/s 1), hacker (m/s 2)
Istilah Sains - Osiloskop (m/s 11)
3. Hiperbola
Contoh: Menggunung secara halimunan juga (m/s 9)
4. Sinkope
Contoh: Dah (Sudah), Kak (Kakak)
5. Simplok
Contoh: Dipuji macam bidadari
Contoh: Draikan macam puteri (m/s 16)
6. Perlambangan
Contoh: Busut
Nilai
|
1. Nilai kasih sayang
Kakaknya menatang sebuah kek yang comel ke dalam makmal sempena hari jadi
Basirah yang ke-14.
2. Nilai berusaha
Basirah telah berusaha menyekat penceroboh komputer sehingga telah berjaya.
3. Nilai bertanggungjawab
Basirah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan kepadanya.
Pengajaran
|
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang antara adik beradik walaupun mempunyai tahap kepintaran yang tidak sama.
2. Kita hendaklah berusaha sedaya upaya apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab atas apa yang diberikan kepada kita.
Latihan
|
1. Apakah tema cerpen ‘Gema Sepi Gadis Genius?’
2. Nyatakan nilai-nilai yang terdapat di dalam cerpen ini serta buktikan.
3. Bincangkan pengajaran-pengajaran yang boleh diambil daripada cerpen ini.
Jawapan:
1. Tema cerpen Gema Sepi Gadis Genius adalah kepintaran seorang remaja dalam menangani masalah pengguna jahil (hacker) komputer.
2.
Nilai-nilai yang terdapat dalam cerpen ini adalah tanggungjawab,
contohnya Basirah berasa bertanggungjawab untuk menghalang penceroboh
yang menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau
MPKL. Nilai kasih sayang juga ditonjolkan apabila kakak Basirah iaitu
Hanani mengingati hari jadinya dengan membawa kek harijadi.
3. Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita hendaklah menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
Monday 27 October 2014
BICARA BUAT GURU
Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih
ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan
ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh pasakmu teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya
Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih
ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar selautan harapan
ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh pasakmu teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya
Subscribe to:
Posts (Atom)